MALAYSIA terkenal dengan rakyatnya yang berbilang bangsa, kaum, agama dan budaya, keramahan, sopan santun dan budi bahasa yang tinggi. Faktor-faktor ini menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Sabah, negeri kedua yang terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut China Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan.
Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu", Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.
Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.
Sabah adalah satu kawasan berbukit-bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui dihutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tersergam indah dengan ketinggian 4,095 meter.
Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung.
Sabah juga dikenali dengan penduduk yang berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek.

Kumpulan etnik yang utama ialah : Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing.
Berdasarkan kepada penemuan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-15 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei.
Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia. (Sumber dipetik daripada Warisan Sabah, Jabatan Muzium Sabah)
Lucky Nugget Casino | Las Vegas NV Jobs
ReplyDeleteLucky Nugget Casino jobs in Las Vegas, NV. Apply 광명 출장마사지 to Host and 부산광역 출장마사지 more, including a Las Vegas Casino 청주 출장안마 Host. Get 충청북도 출장안마 a casino salary, reviews, 삼척 출장샵 job security,